BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA


Sahabat adalah satu perkataan yang tidak asing lagi bagi setiap insan, tidak kiralah jika ia diterjemahkan dalam pelbagai bahasa tetapi jika masih lagi membawa maksud sahabat ianya adalah bererti kawan, teman ataupun orang yang paling rapat dengan kita.

Kebiasaannya orang yang paling rapat akan di panggil sebagai sahabat qarib, kawan baik, teman sejati dan pelbagai lagi yang anda sendiri sedia maklum.

Betul ke ada sahabat dalam dunia ni???cuba anda fikirkan, adakah anda mempunyai sahabat baik atau pun adakah anda merupakan sahabat baik kepada seseorang?

Sangat susah untuk kita betul-betul memiliki sahabat baik. Bersahabat mungkin boleh satu dunia tetapi untuk mendapat yang paling rapat adalah sangat sukar. Memiliki sahabat baik adalah merupakan satu anugerah dan hadiah dari Allah swt kepada hambaNya yang bertuah.sahabat yang baik akan dapat menerima seadanya kelebihan dan kekurangan sahabatnya. Sentiasa membawa kepada kebaikan dan mencegah sahabatnya dari melakukan kemungkaran.

Di dalam dunia in terdapat pelbagai jenis sahabat, ada sahabat waktu senang sahaj, ada sahabat waktu susah sahaja, ada sahabat waktu senang dan susah bersama, ada sahabat yang sentiasa membawa kepada kebaikan, ada sahabat yang membawa kepada kemungkaran, ada yang sentiasa menutup keburukan dan keaiban sahabatnya dan ada pula yang talam dua muka, di depan bersahabt tetapi di belakang menceritakan segala keaiban sahabatnya. Anda tergolong dalam golongan sahabat yang mana satu agaknya ye?

Sebenarnya sahabat mempunyai maksud yang lebih luas dan mendalam. Sahabat bukanlah sekadar membawa makna insan yang paling rapat dengan kita.

Dalam kita bersahabat, seharusnya kita menyayangi sahabat kita seperti kita menyayangi diri kita sendiri. Rasulullah saw bersabda: (tidak akan beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.)Jika kita tidak suka diri kita melakukan kesalahan, jangan kita membiarkan sahabat kita melakukan kesalahan juga.jika kita tidak suka sahabat kita membicarakan perkara buruk tentang kita, kita juga jangan berbicara perkara buruk tentang sahabat kita, hatta perkara yang kita anggap remeh sekalipun, sebagai contoh jangan kita membiarkan sahabat kita memakan makanan orang lain tanpa izin.perkara itu secara dasarnya memang nampak remeh tetapi jika kita hanya sekadar membiarkan sahaja sahabat kita memakan makanan itu bermakna kita membiarkan makanan haram masuk ketubuh sahabat kita.

Erti sebuah persahabatan itu sangat besar. Seorang sahabat yang baik bukan bererti seorang sahabat yang perlu mengambil tahu setiap perkara yang dilakukan oleh sahabatnya ataupun perlu tahu kemana sahabatnya ingin pergi ataupun sahabatnya sudah makan atau belum, tetapi sahabat yang benar-benar baik tidak akan membiarkan sahabatnya membuat perkara yang mungkar. Ini adalah salah satu perkara yang paling penting. Sahabat yang baik itu tidak akan membiarkan sahabatnya merasai bahang api neraka sekalipun…MasyaAllah..begitu besar dan indahnya erti sebuah persahabatan. Dalam bersahabat, biarlah sahabat kita merajuk kerana teguran kita, terasa dengan ungkapan kita, tetapi jangan biarkan sahabat kita merana di akhirat sana kerana angkara tidak kisahnya kita dengan perkara mungkar yang dilakukannya, atau dalam erti kata lain sporting..

Rasulullah ada bersabda bahawa sahabat adalah cermin kepada diri seseorang itu. Jika kita melihat kekurangan pada diri sahabat kita, hendaklah kita menegurnya dengan cara yang sepatutnya dengan niat kerana menyayangi sahabat kita itu dan untuk memperbaiki diri kita sendiri. Jangan kita berbicara tentang kelemahan sahabat kita di belakangnya kerana itu tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya akan menambah keburukan

Betapa agungnya nilai persahabatan Rasulullah dan sahabat-sahabatnnya. Rela berkorban nyawa untuk menyelamatkan setiap dari mereka terutamanya dari menjadi bahan bakaran api neraka.Rasulullah saw sentiasa memohon kepada Allah swt agar memasukkan sahabat-sahabatnya kedalam syurga firdaus seiringan dengan dirinya.

Nah!!!cuba anda lihat…sungguh indah erti persahab atan yang sebenar..jadi, marilah kita sama-sama BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA…INSYAALLAH..