TENTANG CINTA


Komentar Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.

Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah. Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:

Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu menggoda. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.

Namun, mari kita soroti dengan lebih mendalam. Bagaimana andai secara mengejut Allah takdirkan kita bisu. Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?

Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Maka. InsyaAllah, jangan sekali-kali kita menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Pastilah kita akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan kami jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cinta kami ini kepada dia yang mencintai kami kerana Mu.”

Read More......

BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA


Sahabat adalah satu perkataan yang tidak asing lagi bagi setiap insan, tidak kiralah jika ia diterjemahkan dalam pelbagai bahasa tetapi jika masih lagi membawa maksud sahabat ianya adalah bererti kawan, teman ataupun orang yang paling rapat dengan kita.

Kebiasaannya orang yang paling rapat akan di panggil sebagai sahabat qarib, kawan baik, teman sejati dan pelbagai lagi yang anda sendiri sedia maklum.

Betul ke ada sahabat dalam dunia ni???cuba anda fikirkan, adakah anda mempunyai sahabat baik atau pun adakah anda merupakan sahabat baik kepada seseorang?

Sangat susah untuk kita betul-betul memiliki sahabat baik. Bersahabat mungkin boleh satu dunia tetapi untuk mendapat yang paling rapat adalah sangat sukar. Memiliki sahabat baik adalah merupakan satu anugerah dan hadiah dari Allah swt kepada hambaNya yang bertuah.sahabat yang baik akan dapat menerima seadanya kelebihan dan kekurangan sahabatnya. Sentiasa membawa kepada kebaikan dan mencegah sahabatnya dari melakukan kemungkaran.

Di dalam dunia in terdapat pelbagai jenis sahabat, ada sahabat waktu senang sahaj, ada sahabat waktu susah sahaja, ada sahabat waktu senang dan susah bersama, ada sahabat yang sentiasa membawa kepada kebaikan, ada sahabat yang membawa kepada kemungkaran, ada yang sentiasa menutup keburukan dan keaiban sahabatnya dan ada pula yang talam dua muka, di depan bersahabt tetapi di belakang menceritakan segala keaiban sahabatnya. Anda tergolong dalam golongan sahabat yang mana satu agaknya ye?

Sebenarnya sahabat mempunyai maksud yang lebih luas dan mendalam. Sahabat bukanlah sekadar membawa makna insan yang paling rapat dengan kita.

Dalam kita bersahabat, seharusnya kita menyayangi sahabat kita seperti kita menyayangi diri kita sendiri. Rasulullah saw bersabda: (tidak akan beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.)Jika kita tidak suka diri kita melakukan kesalahan, jangan kita membiarkan sahabat kita melakukan kesalahan juga.jika kita tidak suka sahabat kita membicarakan perkara buruk tentang kita, kita juga jangan berbicara perkara buruk tentang sahabat kita, hatta perkara yang kita anggap remeh sekalipun, sebagai contoh jangan kita membiarkan sahabat kita memakan makanan orang lain tanpa izin.perkara itu secara dasarnya memang nampak remeh tetapi jika kita hanya sekadar membiarkan sahaja sahabat kita memakan makanan itu bermakna kita membiarkan makanan haram masuk ketubuh sahabat kita.

Erti sebuah persahabatan itu sangat besar. Seorang sahabat yang baik bukan bererti seorang sahabat yang perlu mengambil tahu setiap perkara yang dilakukan oleh sahabatnya ataupun perlu tahu kemana sahabatnya ingin pergi ataupun sahabatnya sudah makan atau belum, tetapi sahabat yang benar-benar baik tidak akan membiarkan sahabatnya membuat perkara yang mungkar. Ini adalah salah satu perkara yang paling penting. Sahabat yang baik itu tidak akan membiarkan sahabatnya merasai bahang api neraka sekalipun…MasyaAllah..begitu besar dan indahnya erti sebuah persahabatan. Dalam bersahabat, biarlah sahabat kita merajuk kerana teguran kita, terasa dengan ungkapan kita, tetapi jangan biarkan sahabat kita merana di akhirat sana kerana angkara tidak kisahnya kita dengan perkara mungkar yang dilakukannya, atau dalam erti kata lain sporting..

Rasulullah ada bersabda bahawa sahabat adalah cermin kepada diri seseorang itu. Jika kita melihat kekurangan pada diri sahabat kita, hendaklah kita menegurnya dengan cara yang sepatutnya dengan niat kerana menyayangi sahabat kita itu dan untuk memperbaiki diri kita sendiri. Jangan kita berbicara tentang kelemahan sahabat kita di belakangnya kerana itu tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya akan menambah keburukan

Betapa agungnya nilai persahabatan Rasulullah dan sahabat-sahabatnnya. Rela berkorban nyawa untuk menyelamatkan setiap dari mereka terutamanya dari menjadi bahan bakaran api neraka.Rasulullah saw sentiasa memohon kepada Allah swt agar memasukkan sahabat-sahabatnya kedalam syurga firdaus seiringan dengan dirinya.

Nah!!!cuba anda lihat…sungguh indah erti persahab atan yang sebenar..jadi, marilah kita sama-sama BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA…INSYAALLAH..

Read More......

MaRhaBaN BiKa Ya RaMaDhaN


setelah setahun ia berlalu..kini ramadhan hadir kembali membawa seribu barakah yang terhimpun di dalamnya..ramadhan adalah bulan yang paling mulia dari bulan-bulan yang lain.Rasulullah saw telah bersabda di dalam satu hadithnya: bulan rejab adalah bulan ummatku, kelebihannya adalah seperti kelebihan ummatku berbandng ummat nabi yang sebelumku.bulan Syaaban pula adalah bulanku,kelebihannya adalah seperti kelebihanku lebih daripada nabi dan rasul-rasul sebelumku dan Ramadhan pula adalah bulan Allah swt,iaitu melebihi ummatku dan diriku sendiri. di dalamnya terhimpun segala kebaikan, barakah, maghfirah dan janji Allah untuk seluruh hambaNya.

Setiap ummat islam hendaklah menghargai dengan sebaik-baiknya manfaat bulan Ramadhan.seharusnya kita mengambil peluang ini untuk beribadat dan bertaqarrub kepada Allah.membuat segala amal kebaikan dan meninggalkan segala jenis kemungkaran samada kemungkaran kecil atau pun besar.di dalam bulan Ramadhan juga terdapat malam lailatul Qadar.kita seharusnya mengambil kesempatan ini untuk mencari malam yang lebih baik dari seribu malam ini dengan memperbanyakkan qiammullail dengan hati dan jiwa yang penuh dengan rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

dalam kita menuju Mardhatillah, bulan Ramadhan adalah salah satu laluan pintas@bonus yang telah di anugerahkan oleh Allah kepada hambaNya yang tahu menghargai dan mengambil peluang dengan sebaiknya dari bulan ini. Dalam bulan in terhimpun segala kebaikan untuk kita sama-sama mengutipnya bagi menambah asset pahal dan ketaqwaan kita untuk dijadikan sebagai bekalan menghadapi hari perhitungan.

Read More......