KEMAHUAN YANG TIADA BERKESUDAHAN...JADILAH MANUSIA LUAR BIASA




Manusia dijadikan Allah yang utamanya adalah untuk beribadah kepadaNya.Anugerah terbesar dari ArRahman kepada ciptaanNya adalah anugerah aqal yang bertujuan untuk memikirkan kebesaranNya dan keagunganNya. Namun sudah menjadi lumrah manusia biasa yang kebiasaannya akan sentiasa lupa dan lalai. mengejar dan terus mengejar segala-galanya yang sudah pasti tidak akan ada penghujungnya.


Sudah menjadi fitrah manusia yang sentiasa berkeinginan dan mempunyai daya kemahuan yang tinggi. Tidak cukup untuk melengkapkan keperluan, manusia juga sentiasa berkeinginan melengkapkan segala kemahuan..apa kesudahannya...???apabila tiada, manusia akan memohon untuk dikurniakan rezeki yang sekadar mencukupi, tetapi apabila sudah mendapat rezeki yang mencukupi, manusia akan memohon pula untuk diberikan apa yang dikehendaki. mengejar dan terus mengejar duniawi tanpa disedari melupakan kehidupan yang hakiki. Aqal yang seharusnya digunakan untuk memikirkan cara mendapatkan keredhaan Ilahi digunakan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia..Akhirnya jadilah manusia itu sebagai hambaNya yang kurang atau tidak tahu bersyukur.Malahan bertambah teruk apabila diuji dengan sedikit ujian mereka akan cepat mengeluh dan merintih.Tidak langsung memikirkan nikmat yang selama ini telah dianugerahkan Allah kepada mereka.


Manusia selalunya alpa dengan janji Allah yang telah menjanjikan kesenangan dan kelebihan kepada orang-orang yang sabar dan sentiasa bersyukur. Mereka hanya yakin bahawa apa yang mereka kecapi dan miliki adalah hasil titik peluh dan usaha mereka sendiri.Bagi mereka, semakin banyak kehendak mereka yang dapat mereka penuhi maka akan makin tinggilah kedudukan mereka di muka bumi ini. Mereka lupa bahawa segala yang mereka kecapi adalah hasil dari aqal fikiran yang mereka gunakan dan aqal itu adalah anugerah terbesar Allah s.w.t kepada mereka.Mereka hanya pandai menggunakan anugerah itu untuk kesenangan diri mereka sendiri di dunia tanpa berterima kasih kepada Yang Maha Memberi anugerah. Sesungguhnya amat rugilah mereka itu kerana lupa menggunakan anugerah terbesar itu untuk memikirkan tentang kepentingan mereka di akhirat kelak.


Jika kita lihat dunia sekarang, yang kaya bertambah kaya, yang cantik bertambah cantik.Namun mereka tetap tidak pernah puas dan berasa cukup dengan apa yang mereka ada,terus mencari dan mencari untuk menambah kekayaan mereka walau dengan apa cara sekalipun dan yang cantik akan melakukan apa sahaja untuk menambahkan kecantikan diri sehingga sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t..Maka jadilah mereka orang-orang yang hati mereka tidak akan pernah tenang kerana selalu mengejar dunia mereka sendiri.Akhirnya mereka tercungap dan keletihan tanpa sempat merasa bahagia dengan apa yang mereka ada.


Sesungguhnya hendaklah kita sentiasa ingat bahawa orang yang bahagia itu adalah orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada kerana mereka punya masa untuk mengecapi setiap perkara yang hadir dalam hidup mereka.Apabila kita mengejar dunia,akhirat akan lari meninggalkan kita tetapi apabila kita mengejar akhirat, dunia akan berlari mengejar kita.Setapak kita melangkah menuju kejalan yang diredhai Allah,selangkah redha Allah akan mengejar untuk memayungi perjalan kita.Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadi manusia luar biasa yang sentiasa berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat sama ada nikmat kesenangan atau nikmat kesusahan yang telah dikurniakan.

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA DAN IKHLASLAH DENGAN APA YANG TIADA.

Read More......

Harapan sebuah pengharapan...


bismillahirrahmanirrahim..

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang...tempat setiap makhluk bergantung setiap harapan dalam keadaan sedar atau tidak sedar...maha Suci Allah yang menjadikan manusia sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran, berupaya mempunyai keinginan secara batiniah atau lahiriah...dengan lahirnya setiap keinginan itulah dengan sendirinya akan timbul pergantungan dan pengharapan kita terhadap ArRahman bagi merialisasikan setiap impian...kerana tidak akan ada satu zarah pun yang akan bergerak melainkan hanya dengan kuasa dan keizinan dari Allah S.W.T. Setiap insan zahirnya selalu meminta dan mengharapkan sesuatu yang diinginkan tanpa mengenal pasti tujuan dan kesan dari keinginannya itu..justeru Allah S.W.T yang maha Pengasih dan maha Penyayang maha Mengetahui atas sesuatu kehendak dan keinginan setiap hambaNya dan akan mengurniakan segala jenis keperluan bersesuaian dengan apa yang benar-benar diperlukan oleh setiap ciptaanNya.

Sheikh Abdul Qadir Jailani ada mengatakan bahawa seandainya seseorang itu mengkehendaki cara hidup yang teratur, hati yang tenang, jiwa yang lapang, akal yang sihat, hendaklah menyerahkan segala pengharapan hanya kepada Azzawajalla sematamata. tidak ada lagi pengharapan kepada makhluk hatta terhadap diri sendiri dalam mencapai sesuatu keinginan. penyerahan yang sepenuhnya kepada AlKhaliq akan mendatangkan rasa syukur dan redha yang amat dalam pada setiap insan. penyerahan yang sepenuhnya kepada Allah membuktikan bahawa kita percaya bahawa perancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik dan tidak akan ada yang lebih baik darinya. penentuan yang secara mutlaqnya tidak boleh tidak dan sentiasa bersesuaian untuk setiap hambaNya kerana Dia Maha Mengetahui dan maha Menguasai atas setiap sesuatu.

Justeru itu, hendaklah kita sentiasa berserah dengan sebenar-benar penyerahan agar kita tidak lari dari landasan hanif untuk menuju Ilahi. Jadikanlah setiap perbuatan kita itu adalah perbuatan Allah dan ucapan kita itu adalah kalimah-kalimah Allah iaitu sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala apa pun jenis kemungkaran serta menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan peringatan..

Dengan itu mudah-mudahan kita akan sentiasa mendapat redha dari ArRahman...insyaAllah.

Read More......

Caj PTPTN - Helah Untuk Muamalah Riba

Di dalam sistem kapitalis, ‘pinjaman’ merupakan satu business/perniagaan. Inilah pandangan hidup kapitalis yang jelas tentang permasalahan ini. Namun bila ada pihak cuba untuk menghalalkan perniagaan ini dengan nama Islam, mereka terpaksa mereka-reka dan mencipta helah untuk mengambil keuntungan (atau ‘berniaga’ dengan hutang). Di sinilah mereka terkial-kial mencipta perkara baru dan fatwa baru supaya sistem kapitalis tetap berjalan dengan disaluti oleh fatwa dari Islam.

Sedangkan Islam mengharamkan helah, berasaskan dalil umum. Helah Riba ini diharamkan kerana sebenarnya mereka bersepakat untuk mengambil lebihan dari pinjaman (riba) dan dengan cara yang tidak nampak. Ini berdasarkan kaedah syarak,

“al-wasilatu ila haram, haram” (jalan membawa kepada benda yang haram adalah haram).

Sebagaimana hadis dari Ubadah bin Shamit, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya sebahagian dari Umatku menghalalkan arak dengan cara menamakannya dengan namanya tersendiri”. [HR Ahmad]

Dan dalam riwayat lain disebutkan, “menamakannya dengan nama lain” [Nizhamul Iqtisadi Fil Islam, ms 261].

Penjenamaan Caj Perkhidmatan dan lain-lain nama adalah salah satu cara untuk menjenamakan semula Riba Nasiah yang diharamkan oleh Syarak.

Kesimpulannya, Permasalahan PTPTN ini adalah satu dari masalah yang muncul apabila manusia menjadikan ideologi kapitalis sebagai hukum-hakam kehidupan. Ini kerana dalam sistem kapitalisme yang memandang bahawa semua perkara boleh diperdagangkan termasuklah harga diri.

Dalam Aspek pendidikan ini kita boleh melihat bahawa:-

(1) Pendidikan telah dijadikan ‘perniagaan’ dalam Sistem Kapitalisme, jadi kos pendidikan menjadi tanggung jawab individu dan ibu bapa. Ini menyebabkan pelajar terpaksa meminjam wang untuk membiayai pendidikan mereka. Walhal pendidikan sepatutnya menjadi tanggung jawab negara.

(2) Wujudnya pemikiran pihak tertentu yang menubuhkan PTPTN untuk mengaut keuntungan dari para pelajar, yang mana mereka ini adalah para Kapitalis yang cuba menghalalkan riba dengan menamakannya sebagai Caj Perkhidmatan, supaya menjadi halal mengikut perspektif Islam (helah riba).

(3) Pemberian fatwa yang mengelirukan dan bercanggah dalam kenyataannya di antara satu sama lain, dan tidak ada kejelasan dari segi akadnya, hanya menjadikan Islam sebagai alat menempel (kepada sistem Kapitalis), bukannya mengetengahkan Islam sebagai satu sistem yang sama sekali berlainan dengan sistem kufur yang ada. Sesungguhnya fatwa yang sepatut dikeluarkan adalah “pendidikan di dalam Islam adalah percuma dan wajib disediakan oleh kerajaan”.

Isu Caj ini adalah simptom dari sistem kapitalis dan pemikiran kapitalis, yang dianuti oleh masyarakat, ulama dan pemerintah itu sendiri, inilah masalah sebenarnya. Insya Allah dai dalam Daulah Khilafah nanti, isu PTPTN ini tidak muncul kerana pembiayaan pendidikan adalah tanggung jawab negara, dan pinjaman ribawi pastinya tidak akan wujud sama sekali. Semoga tulisan ini memberi panduan kepada seluruh umat Islam, khususnya para pelajar yang terlibat

Read More......

TANDA-TANDA HARI KIAMAT


1. TANDA-TANDA KECIL

Tanda-tanda kecil hari kiamat yg sebahagian diantaranya sudah nampak dalam
kehidupan sekarang ini ;
a. Ajaran Islam kurang diperhatikan oleh kaum muslim.
b. Jumlah ulama (ahli agama) yg sesungguhnya semakin sedikit, sebaliknya
banyak orang bodoh yg mengaku ulama dan menyesatkan umat.
c. Penzinaan sudah menjadi suatu kebiasaan di masyarakat umum.
d. minum arak dilakukan secara terang-terangan, seolah bukan perbuatan
yg diharamkan.
e. Jumlah wanita semakin banyak dibandingkan dengan lelaki, dan mereka sudah
tidak malu lagi berpakaian setengah telanjang. Sabda Rasulullah SAW.
"Engkau akan menyaksikan seorang lelaki akan diikuti oleh empat puluh orang
wanita. Para wanita itu berlindung kepadanya, karena sedikitnya jumlah lelaki
dan banyaknya jumlah wanita." (H.R. Abu Musa).
f. Banyak wanita yg berdandan/berpenampilan seperti lelaki, begitu juga
sebaliknya.
g. Umat manusia berlumba mengumpul kekayaan dengan jalan yg tidak dibenarkan.
h. Orang tua menjadi budak dan diperlakukan sewenang-wenang oleh
anak-anaknya.
i. Semakin banyak fitnah yg menimpa umat Islam.
j. Semakin sering terjadi bencana alam, pembunuhan dan peperangan.

2. TANDA-TANDA BESAR

a. Waktu berputar semakin cepat, sehingga setahun terasa sebulan, sebulan
terasa seminggu.
b. Ka'bah roboh.
c. Matahari terbit dari sebelah barat.
d. Keluar binatang aneh dari perut bumi yg memakai cincin Nabi Sulaiman as.
yg dapat berbicara dg manusia dan memberi tanda "kafir" kepada orang-orang
yg tidak beriman.
e. Keluar Dajjal (pembohong yg menutupi kebenaran), yg digambarkan
oleh Nabi Muhammad SAW sebagai keburukan terbesar sejak kelahiran Nabi Adam as.
f. Adanya Ya'juj dan Ma'juj, adalah segolongan umat manusia yg mempunyai
kekuatan besar dan berfikiran sesat.
g. Turunnya Imam Mahdi ke dunia untuk meluruskan syari'at Islam dan
menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.
h. Turunnya Nabi Isa as dari langit yg akan menjadi hakim memperjuangkan
kebenaran bersama Imam Mahdi. Dialah yg menumpas Dajjal, menghancurkan
salib serta mengajak umat manusia meng-Esa-kan Allah SWT sekaligus
menyembah-Nya.
i. Lenyapnya tulisan-tulisan dalam Al-Quran, dan tiada seorang pun yg hafal
bacaannya.
j. Segenap manusia menjadi kafir, dan inilah tanda paling akhir menjelang
kiamat.

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGINSAFI DIRI DAN BERTAUBAT SEBELUM SEGALANYA TERLAMBAT...DUNIA SEKARANG ADALAH PERKARA TERAKHIR YANG PERLU KITA FIKIRKAN.. BERSAMALAH KITA MERAIH KEAMPUNAN DARI ALLAH SWT DAN MENDAPATKAN REDHA DARINYA AGAR KITA DAPAT MENGECAPI BAHAGIA DIAKHIRAT SANA..AMIIINN...

Read More......

hero ke zero???kalau nak main jangan main-main

salam tautan...dah lamanya rasanya tak menarikan jari di atas keyboard komoputer ni..rindu plak rasenye nak menaip bile tengok ramai orang post article2 baru yang menarik.kali ni rindu nak kongsi pengalaman yang sentiasanya indah kalau kita sentiasa kenangkan segala kebaikan yang terkandung dalam kenangan itu.
seronok rasa dapat bersama keluarga time cuti-cuti ni..walaupun raya haji kali ni xdapat disambut di rumahku syurgaku yang tercinta tapi ianya tetap disambut dengan gembira sekali..banyak masa-masa kosong kuhabiskan bersama anak-anak saudara tersayang...seronok sangat..main bersama, menyakat, bergurau senda xkurang juga ada yang kena marah...biasalah..banyak orang banyak ragamnya...dari yang besar sampailah yang laing kecik...semuanya lain-lain caranya.duduk main UNO dan tudung oren dengan budak2 ni sangat seronok..kalau orang lain tengok nampak macam xsenonoh je dah tua-tua nia masih main macam tu lagi..bukannye ape..saje nak jadikan budak ni lebih rapat lagi..buat macam kawan-kawan...tapi bila tengok mase main pun main-main rase geram jugak dalam hati ni.tanpa berfikir panjang aku pun mengulangi kata-kata kakakku kepada anak muridnya"kalau nak main tu main la betul-betul..jangan la main-main..ni nak jadi hero ke nak jadi zero ni?"bising mulut ni membebel kat anak-anak sedare yang ade ni...tapi dieorang ni ade skill baru..kene marah bukannya takut pun...orang yang marah tu siap kene kutuk lagi.."apelah umi nina ni..kalau main memang la main-main.."sambil gelak-gelak je dieorang kenakan aku semule...bengkek je rase dalam hati ni...tapi adelah perubahan..masing-masing lepas tu main bersungguh2 sebab nak jadi hero xnak jadi zero..dari lewat terbit matahari sampaila pukul 5pagi,bergoger satu rumah dengan hilai tawa anak-anak saudara dan mak saudara die skali..risau jugak mase tu..kalau la orang lain dengar...silap2 xnak wat menantu nanti...hihihi...tapi satu la yang aku perlu akui..anak-anak saudara aku adalah anak-anak saudara yang paling best kat dunia...walau pun pale otak masing-masing gile-gile blake...tapi memang best tu...power........i love u all very much....muaaahhh...

Read More......

UJIAN...TANDA KASIH ARRAHMAN


Dalam menjalani kehidupan dunia sekarang, terlalu banyak rintangan dan cabaran yang perlu ditempuhi. setiap manusia akan menghadapi cabaran yang tersendiri dan berbeza-beza terutama bagi mereka yang beriman. mereka akan sentiasa diuji dan terus diuji untuk menentukan tahap keimanan mereka. Rasulullah S.A.W bersabda: 'tidak akan beriman seseorang mu'min itu melainkan setelah dia diuji'. inilah saat yang paling sukar untuk kita berjuang menghadapi cabaran yang terkadang membuatkan kita terduduk dan terkadang tersungkur. sebelum berjuang mungkin kita boleh mengatakan yang kita mampu menghadapi masalah itu, tetapi pada hakikatnya ianya amat berat untuk di hadapi jika tidak disertakan dengan keimanan, ketaqwaan dan kesabaran.



kadang kala kita diuji dengan ujian dari segi harta dunia, keluarga, ujian kasih sayang, ujian melawan nafsu, ujian melawan amarah, ujian melawan tohmahan dan kebencian, ujian kesedihan, ujian kekecewaan dan pelbagai lagi jenis ujian.

namun jika kita sedar dan sentiasa berfikiran positif, ujian yang akan membuatkan kita sedih dan pilu inilah yang akan membuatkan kita semakin rapat dengan Sang Pencipta.bagi orang-orang yang sentiasa berfikir dan bersyukur, ujian ini adalah salah satu rahmat dari yang Esa untuk memastikan kita tidak terlalu lama berpaling dariNya dan untuk memastikan kita sentiasa dekat denganNya.manusia ini selalu dan kebiasaannya alpa. apabila diberikan mereka nikmat berupa kesenangan, mereka akan merasakan itu semua adalah hasil dari usaha mereka sendiri.mereka kufur dan tidak bersyukur. mereka gagal dengan ujian kesenangan, lalu Allah Yang maha Pengasih Dan maha Penyayang memberi peluang sekali lagi dengan menghantarkan musibah agar hambaNya bermuhasabah dan bermujadalah kembali kepada tujuan asal manusia di muka bumi iaitu untuk beribadah kepada yang Esa dan Yang Maha kuasa.



Sesungguhnya Allah s.w.t akan sentiasa menguji hamba yang dikasihiNya dengan ujian yang akan menyusahkan hati agar hambaNya akan sentiasa ingat dan memohon kepadaNya. kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan ujian yang kita hadapi dan tidak mengeluh dalam mengharungi ujian itu. sesungguhnya ujian yang berat itu adalah untuk meningkatkan lagi keimanan kita ketahap yang lebih tinggi sebagai bekalan dalam menuju mardhatillah.

kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa berusaha dan berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah dalam menjalani ujian itu dan sentiasa berdoa kepada Allah, seterusnya bertawakkallah kepadaNya dengan sebenar-benar tawakkal. Allah s.w.t telah berfirman: "'Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakkallah kpd Allah. Ssungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya'-Ali-Imran:159-" Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada hamba yang dikasihiNya. ingatlah bahawa setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri yang akan membuatkan kita tersenyum suatu hari nanti. kita sebagai hamba yang lemah sentiasa meminta apa yang kita mahukan namun Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui sentiasa memberi apa yang kita perlukan. pohonlah sentiasa kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat memohon...

Read More......

tika ku memohon...


Ketika kumohon kepada Allah kekuatan,
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat.


Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah untuk di pecahkan.


Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan,
Allah memberiku akal untuk berfikir.

Ketika kumohon kepada Allah keberanian,
Allah memberiku bahaya untuk kuatasi.

Ketika kumohon Kepada Allah sebuah cinta,
Allah memberiku orang yang bermasalah untuk ku tolong.


Ketika ku mohon kepada Allah bantuan,
Allah memberikanku kesempatan.


Aku tak pernah menerima apa yang kupinta,
tetapi aku menerima segala yang ku perlu.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain terbuka, tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang di bukakan bagi kita.


orang orang yang paling berbahagia pun tidak selalu memiliki hal hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karuniaNya.

Waktu kamu lahir kamu menangis dan orang orang di sekeliling kamu tersenyum, jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang orang di sekelilingmu menangis …

Hidup kita hanyalah tiga hari sahaja : SEMALAM yang sudah menjadi sejarah, HARI INI yang sedang kita lakukan dan ESOK hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

Read More......