Harapan sebuah pengharapan...


bismillahirrahmanirrahim..

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang...tempat setiap makhluk bergantung setiap harapan dalam keadaan sedar atau tidak sedar...maha Suci Allah yang menjadikan manusia sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran, berupaya mempunyai keinginan secara batiniah atau lahiriah...dengan lahirnya setiap keinginan itulah dengan sendirinya akan timbul pergantungan dan pengharapan kita terhadap ArRahman bagi merialisasikan setiap impian...kerana tidak akan ada satu zarah pun yang akan bergerak melainkan hanya dengan kuasa dan keizinan dari Allah S.W.T. Setiap insan zahirnya selalu meminta dan mengharapkan sesuatu yang diinginkan tanpa mengenal pasti tujuan dan kesan dari keinginannya itu..justeru Allah S.W.T yang maha Pengasih dan maha Penyayang maha Mengetahui atas sesuatu kehendak dan keinginan setiap hambaNya dan akan mengurniakan segala jenis keperluan bersesuaian dengan apa yang benar-benar diperlukan oleh setiap ciptaanNya.

Sheikh Abdul Qadir Jailani ada mengatakan bahawa seandainya seseorang itu mengkehendaki cara hidup yang teratur, hati yang tenang, jiwa yang lapang, akal yang sihat, hendaklah menyerahkan segala pengharapan hanya kepada Azzawajalla sematamata. tidak ada lagi pengharapan kepada makhluk hatta terhadap diri sendiri dalam mencapai sesuatu keinginan. penyerahan yang sepenuhnya kepada AlKhaliq akan mendatangkan rasa syukur dan redha yang amat dalam pada setiap insan. penyerahan yang sepenuhnya kepada Allah membuktikan bahawa kita percaya bahawa perancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik dan tidak akan ada yang lebih baik darinya. penentuan yang secara mutlaqnya tidak boleh tidak dan sentiasa bersesuaian untuk setiap hambaNya kerana Dia Maha Mengetahui dan maha Menguasai atas setiap sesuatu.

Justeru itu, hendaklah kita sentiasa berserah dengan sebenar-benar penyerahan agar kita tidak lari dari landasan hanif untuk menuju Ilahi. Jadikanlah setiap perbuatan kita itu adalah perbuatan Allah dan ucapan kita itu adalah kalimah-kalimah Allah iaitu sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala apa pun jenis kemungkaran serta menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan peringatan..

Dengan itu mudah-mudahan kita akan sentiasa mendapat redha dari ArRahman...insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment