Caj PTPTN - Helah Untuk Muamalah Riba

Di dalam sistem kapitalis, ‘pinjaman’ merupakan satu business/perniagaan. Inilah pandangan hidup kapitalis yang jelas tentang permasalahan ini. Namun bila ada pihak cuba untuk menghalalkan perniagaan ini dengan nama Islam, mereka terpaksa mereka-reka dan mencipta helah untuk mengambil keuntungan (atau ‘berniaga’ dengan hutang). Di sinilah mereka terkial-kial mencipta perkara baru dan fatwa baru supaya sistem kapitalis tetap berjalan dengan disaluti oleh fatwa dari Islam.

Sedangkan Islam mengharamkan helah, berasaskan dalil umum. Helah Riba ini diharamkan kerana sebenarnya mereka bersepakat untuk mengambil lebihan dari pinjaman (riba) dan dengan cara yang tidak nampak. Ini berdasarkan kaedah syarak,

“al-wasilatu ila haram, haram” (jalan membawa kepada benda yang haram adalah haram).

Sebagaimana hadis dari Ubadah bin Shamit, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya sebahagian dari Umatku menghalalkan arak dengan cara menamakannya dengan namanya tersendiri”. [HR Ahmad]

Dan dalam riwayat lain disebutkan, “menamakannya dengan nama lain” [Nizhamul Iqtisadi Fil Islam, ms 261].

Penjenamaan Caj Perkhidmatan dan lain-lain nama adalah salah satu cara untuk menjenamakan semula Riba Nasiah yang diharamkan oleh Syarak.

Kesimpulannya, Permasalahan PTPTN ini adalah satu dari masalah yang muncul apabila manusia menjadikan ideologi kapitalis sebagai hukum-hakam kehidupan. Ini kerana dalam sistem kapitalisme yang memandang bahawa semua perkara boleh diperdagangkan termasuklah harga diri.

Dalam Aspek pendidikan ini kita boleh melihat bahawa:-

(1) Pendidikan telah dijadikan ‘perniagaan’ dalam Sistem Kapitalisme, jadi kos pendidikan menjadi tanggung jawab individu dan ibu bapa. Ini menyebabkan pelajar terpaksa meminjam wang untuk membiayai pendidikan mereka. Walhal pendidikan sepatutnya menjadi tanggung jawab negara.

(2) Wujudnya pemikiran pihak tertentu yang menubuhkan PTPTN untuk mengaut keuntungan dari para pelajar, yang mana mereka ini adalah para Kapitalis yang cuba menghalalkan riba dengan menamakannya sebagai Caj Perkhidmatan, supaya menjadi halal mengikut perspektif Islam (helah riba).

(3) Pemberian fatwa yang mengelirukan dan bercanggah dalam kenyataannya di antara satu sama lain, dan tidak ada kejelasan dari segi akadnya, hanya menjadikan Islam sebagai alat menempel (kepada sistem Kapitalis), bukannya mengetengahkan Islam sebagai satu sistem yang sama sekali berlainan dengan sistem kufur yang ada. Sesungguhnya fatwa yang sepatut dikeluarkan adalah “pendidikan di dalam Islam adalah percuma dan wajib disediakan oleh kerajaan”.

Isu Caj ini adalah simptom dari sistem kapitalis dan pemikiran kapitalis, yang dianuti oleh masyarakat, ulama dan pemerintah itu sendiri, inilah masalah sebenarnya. Insya Allah dai dalam Daulah Khilafah nanti, isu PTPTN ini tidak muncul kerana pembiayaan pendidikan adalah tanggung jawab negara, dan pinjaman ribawi pastinya tidak akan wujud sama sekali. Semoga tulisan ini memberi panduan kepada seluruh umat Islam, khususnya para pelajar yang terlibat

0 comments:

Post a Comment